Setup Komputer

Dibawah ini saya paparkan beberapa tips & info komputer yang mungkin berguna buat kalian. Bahan ini saya dapati waktu gak sengaja browsing. Entah siapa pengarang asal pun saya tak tahu. Cuma harapan saya jika sekiranya pengarang asal menemui artikel ini disini, anggaplah saya hanya menyambung usaha anda untuk menyebarkan info untuk semua. Terima Kasih.

Modem Senyap
Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
- Klik Start Button
- Pergi kepada Setting, Control Panel
- Klik Modem
- Pergi kepada Properties
- Klik pada tab Connection di atas
- Klik pada butang Advanced
- Pada kekotak Extra Setting taipkan N0

Sambungan Modem
Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.
Klik Start, Setting dan Control Panel. Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.
Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

Reset Bios
Shut downkan computer. Buka casing cpu cari mana bateri bios tu … di situ ada satu bahgian jumper ( 3 pin ) dengan satu ‘jumper caps’ yang tutup 2 daripada 3 pin tu…!!
( ditutup pada pin no 1&2 – )

Buka jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 ) dan cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 …
( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )…
biar selama 5 saat… dan pasang semula spt asal…
masukkan jumper caps pada pin 1&2 semula. Semasa melakukannya pastikan offkan suis letrik.

Melajukan Dail tone
Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Restart komputer dengan 2 klik sahaja
1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
2. Pada ruang command line, paste arahan ini: C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindow*** 0×2
3. Klik Next
4. Namakan shortcut sebagai Restart
5. Klik Finish

Mengubah Registration Windows
Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file
Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\Curr entVersion
klik kanan > New > String value
Kalau Registered Owner rename file
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
pastu dwi klik dan taip le Owner name
Cth: WarCrewz

Kalau Register Organizer
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOrganization
pastu dwi klik dan taip le Company Organizer
Cth: WarCrewz Inc.
Pastu klik kanan kat my computer > properties

Memori (RAM) tak cukup
1.select wallpaper none
2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa…sat gi ‘hang’
3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali ‘explorer’ & ‘systray’

Scan Disk & Disk Defragmenter 1
Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita ‘end task’ program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam ‘environment’ windows. Caranya begini.
1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
2. Apabila keluar satu paparan window ‘close program’, kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

Scan Disk & Disk Defragmenter 2
On komputer anda dalam save mode, kemudian buatlah scandisk dan defragment seperti biasa. Lepastu restart komputer anda. Pasti anda dapat scandisk dan defrag dengan lebih cepat. (Tidak sesuai untuk window XP)

Penggunaan system restore bagi Windows XP
system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me’restore’ file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu ‘restore point’.
cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:
1. buka help and support dan taipkan ‘system restore’ pada ruang searchbox.
2. banyak menu link yang keluar dan pilih “run the system restore wizard”.
3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.

Shortcut Untuk ShutDown, Restart
Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
Untuk ShutDown…
Shut Down – C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
Untuk Restart Komputer
Restart – C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindow*** 0×2
Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
Faster Restart – C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindow***ec

Shortcut Key Windows
Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..
window+d untuk minimize/maximize window
window+e untuk buka windows explorer
window+r untuk buka RUN
window+f untuk SEARCH
window+l log off user
window+u utility manager

Singkatkan reboot
Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita ‘restart’ komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih ‘restart’, kemudian sebelum anda menekan ‘ok’, anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang ‘ok’. Dengan cara ini, komputer akan ‘skip’ detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di’install’

Mengubah Icon Pada Start Menu
Nak Ubah Icon kat start menu
memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\Curr entVersion\explorer\Shell Icons
klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: “C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico
pastu restart computer Ngam Whoo

Kalau nak ubah Documents kat start menu pun cam tu cuma ubah no 19 ke
no 20 dan letak lah location

Contoh
No 19 – Icon Program
No 20 – Icon Documents
No 21 – Icon Settings
No 22 – Icon Find
No 23 – Icon Help
No 24 – Icon Run
No 27 – Icon ShutDown
No 43 – Icon Favorites
No 44 – Icon Log Off

Lajukan Defrag
1. Klik Kanan My Computer.
2. Properties
3. Performance.
4. Virtual Memory.
5. Let me specify my own virtual memory settings.
6. Disable Virtual Memory.
7. OK, Yes, Close & restart komputer.
8. Defrag.
9. Ulang Langkah 1 – 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
10. Let Windows manage my virtual memory settings.
11. OK & restart komputer.

Jika PC selalu reboot sendiri berulangkali
Jika PC anda selalu reboot berulangkali hingga menganggu kerja anda, tak sempat nak save file dan sebagainya, Buka chasing, tanggalkan RAM dan batri bios. Hidupkan PC selama 5 minit. Ia akan berbunyi tit tit kerana ketiadaan RAM (Jangan Takut). Lepas 5 minit tutup PC anda dan pasangkan semula RAM, batri bios dan chasing kemudian hidupkan PC anda seperti biasa. InsyaAllah tidak akan selalu reboot berulangkali lagi kecuali ada kerosakkan hardware seperti RAM contohnya. Jangan gunakan RAM yang berlainan nama kerana ia menjadikan pc tidak setabil.


0 komentar to "Setup Komputer"

Sekarang Pukul

Shout Box


Chat Room

Followers

Banner Teman

forum Rumah Blogger